Teks Piramid
Teks Piramid

Teks Piramid

Teks Piramid (Jawi: تيک‌س ڤيراميد), merupakan himpunan teks keagamaan Mesir purba, yang ditarikhkan berasal dari zaman Kerajaan Lama Mesir.[1][2] Ia ditulis dalam bahasa Mesir Lama dan prasasti ini diukir pada dinding bilik bawah tanah dan pada keranda batu dalam piramid-piramid di Saqqara dari hujung Wangsa Kelima Mesir dan seluruh Wangsa Keenam Kerajaan Lama, hingga ke Wangsa Kelapan dalam Zaman Pertengahan Pertama Mesir.[3][4]Teks yang terlama berasal dari sekitar 2400–2300 SM.[2] Berbanding Prasasti Larung dan Kitab Orang Mati, teks piramid hanya dibuat untuk firaun dan tidak bergambar.[5] Prasasti ini adalah teks kedua tertua selepas Batu Palermo yang ada menyebut Osiris, dewa alam baqa terpenting dalam agama Mesir Purba.[6]Penggunaan dan penghasil teks piramid berubah-ubah mengikut Kerajaan Mesir Purba Lama, Pertengahan dan Baharu. Dalam Kerajaan Lama (2886 SM – 2181 SM), teks piramid hanya dijumpai dalam piramid firaun lelaki dan tiga firaun perempuan bernama Wedjebten, Neith, and Iput. Dalam Kerajaan Pertengahan (2055 SM – 1650 SM), teks piramid tidak ditulis di piramid firaun, tetapi mantera ahram masih lagi digunakan. Dalam Kerajaan Baharu (1550 SM – 1070 SM ), teks piramid hanya ada dalam makam pegawai sahaja.[7]

Rujukan

WikiPedia: Teks Piramid https://www.ancient.eu/article/148/the-pyramid-tex... https://www.sofiatopia.org/maat/wenis.htm https://www.experience-ancient-egypt.com/egyptian-... https://books.google.com/books?id=6VBJeCoDdTUC&pg=... http://www.metmuseum.org/research/metpublications/... https://archive.org/details/chronicleofphara00clay https://archive.org/details/oxfordhisto00shaw https://archive.org/details/pyramidscomplete00vern https://www.egyptologyforum.org/bbs/Shmakov_Critic... https://www.lib.uchicago.edu/cgi-bin/eos/eos_title...